Thursday, 19 May 2011

PENYAKIT ASMA.....

Penyakit  Asma(Lelah).
Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing),sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.


Simptom

Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled bronchodilator  yang bertindak dengan menenangkan otot licin ("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.

Langkah mengelak
Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.
§  Penghidu (inhaler ),kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
§  Leukotrien antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
§  Agonist –adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
§  Penstabilan sel mast(contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor.

No comments:

Post a Comment